Gerik02

Gerik02

Khamis, 10 April 2014

Gerik'02

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami warga teamselut4x4 ingin merakamkan jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada peserta-peserta event Gerik'02 di atas penyertaan anda dalam menjayakan expedisi Gerik'02 kali ini...

Di kesempatan ini.. kami selaku penganjur event ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan, kekhilafan serta kecacat celaan dalam event kali ini...

Kepada crew2 mekanik, crew2 memasak, kebersihan serta urusetia2 yg terlibat... terima kasih yg tak terhingga diucapkan di atas kerjasama yg diberikan untuk menjayakan event kali ini...

Tak lupa juga kepada participant2 yg ringan tulang membantu dalam menyelesaikan obstacles2 serta membantu dalam masalah2 jelopi yg menghadapi masalah di sepanjang perjalanan pergi dan balik...

Akhir sekali.. terima kasih yg tak terhingga juga kepada pilot2 yg sanggup mengorbankan jelopi2 anda demi menjayakan event ini serta membawa participant2 pergi dan balik dengan selamat...

Semoga kita bertemu lagi di event2 akan datang...

berikut adalah di antara gambar2 sekitar event tersebut...















Khamis, 13 Mac 2014

Pray for MH370


Kami dari TeamSelut turut bersimpati di atas kehilangan pesawat #MH370..
Marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik untuk penumpang-penumpang di dalam pesawat tersebut...
" Ya Allah.. sekiranya ia masih di langit.. turunkan lah ia.. jika ia di dasar lautan.. timbulkan lah ia.. dan jika ia di darat.. bukakan lah mata kami untuk melihat dan menemukan mereka"..


Rabu, 19 Februari 2014

Gerik'02 Expedition Update

Asslamaualaikum n salam sejahtera.. tarikh tutup penyertaan event Gerik'02 semakin hampir.. tempat semakin limited.. hantar penyertaan anda dgn segera sebelum 28 feb 2014.. 

Yuran penyertaan 
RM 280 / person - non members
RM 250 / person - members

untuk penyertaan online.. dapatkan detail cara2 penyertaan di link inihttp://teamselut4x4.blogspot.com/2014/02/gerik02-expedition.html

*** baju limited edition event free setiap penyertaan..





NEW DESIGN UPDATED

OLD DESIGN


Isnin, 17 Februari 2014

Rabu, 12 Februari 2014

Gerik02 Expedition


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

TeamSelut4x4 akan mengadakan satu event Gerik02 Expedition siri ke 2 pada 5,6 dan 7 April 2014.
Kepada sesiapa yang berminat menyertai expedisi ini boleh berhubung terus dengan pihak admin kami atau pun membuat pembayaran terus ke akaun seperti info di bawah... 
Borang penyertaan boleh di isi secara online mahupun secara terus menerusi admin.

 Sedikit informasi untuk expedisi ini adalah seperti berikut :-

  1. Tarikh 5,6 dan 7 April 2014     * Bertolak dari KL pada 4 April tepat 11 malam.
  2. Hala Tuju - Gerik Ipoh
  3. Yuran Penyertaan RM 250/person untuk members RM280/person non-members
  4. Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya 28 Feb 2014


Contact Person :-
  1. Man Sungai - 017 660 9951
  2. Bahaman     - 012 397 2518
  3. Tinju           - 019 282 2472


* Untuk penyertaan secara online
  • Sila jelaskan bayaran secara bank-in atau transfer ke Acc Maybank No. 156075867251     Mohd Al Zahari b Abd Aziz
  • Isi form secara online Sila Klik Di sini untuk Mengisi Borang Penyertaan secara online
  • Sila email resit sebagai bukti pembayaran ke teamselut4x4@gmail.com
 *** Penyertaan secara online boleh membuat bayaran secara pendahuluan RM 150 atau full payment dan bakinya hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 15 Mac 2014.

*** Untuk makluman.. Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik penyertaan.

** Peserta dikehendaki menyediakan campbed / dome sendiri


Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan :
  • Sisi suai kenal
  • Memancing ( Casting ), Menjala, menjaring dan menyelam ikan
  • Pertandingan memancing
  • Basic Offroad Coaching on site
  • Free and easy

Sabtu, 18 Januari 2014

Kerling 2014



Pada yg turut serta dalam event hari ini... 
selamat pergi dan selamat kembali....

Jumaat, 17 Januari 2014

Ilmu Hutan


1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Jangan buat sebarang gerakan mengejut ketika terserempak dengan.Ular Tedung dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting).

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola..

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.    

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. 
Amalan bukak khemah

1. Carilah kanopi yg masih hijau bagi mengelakkan  risiko kena hempap ranting dahan yang reput.

2. Ketinggian tapak perkhemahan dr paras air adalah penting bagi mengelakkan terkena kepala air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan
 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Boleh  taburkan belerang kuning di sekitar tapak perkhemahan..

6. Hendaklah  pasang khemah secara menghadap /berhadapan dengan khemah lain dan unggun api kat tengah.dan sediakan beberapa batang kayu yang panjang sebagai senjata ketika kecemasan.

Selasa, 14 Januari 2014

Mini Event

Assalamualaikum n salam sejahtera... 

Untuk makluman... 
hasil perbincangan sempena TT yg tak rasmi malam tdi bersama 01 n 02.. 1 event suka suki menyelutkan tayar akan diadakan pd hujung minggu ini bersamaan 18 - 19 jan...
Lokasi tujuan adalah kerling... golek tayar tepat 7.30 dari lokasi yg akan ditentukan kemudian...
Kpd sesiapa yg berminat boleh lah menyerahkan penyertaan anda kepada tuan 01 kita saudara man sungai merangkap presiden atau pn 02 saudara tilan selaku penolong.. 
Diharap event mengejut ini akan mendapat sambutan kpd yg berkelapangan pd hujung minggu ini...
Diharapkan juga pd ahli yg berminat untuk menyertai event ini agar menyerahkn penyertaan secepat mungkin untuk menentukan event ini jadi mahupun tidak.. 

harap maklum......

Majlis Taklimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Adalah dengan ini dimaklumkan.. satu majlis perjumpaan merangkap taklimat event pada tahun ini akan diadakan seperti berikut...

Tarikh :      25 januari 2014
Vanue :      Restoran Ali Corner Pj Sea Park
                    Restoran AL-MeeRasa
                    (Sebelah Supermarket Giant Sea Park PJ)
Time   :      21:00 / 9pm
Agenda :    Taklimat event gerik bulan April, Penyelesaian yuran ahli serta perbincangan
                   tentang penyertaan Radio Ham Commercial yang dianjurkan oleh SCS Communication.


** Semua ahli TeamSelut4x4 diwajibkan hadir

Terima Kasih

Ahad, 12 Januari 2014

Sabtu, 11 Januari 2014

SALAM TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke blog Team Selut 4x4 dan selamat tahun baru 2014 admin ucapkan buat semua pembaca dan blogger-blogger yang singgah diblog kami ini. Sebagai wakil bagi pihak Team Selut 4x4 dan ahli-ahli Selutians admin mengharapkan yang terbaik bagi kami dan juga buat anda semua.

Terima kasih atas sokongan anda dan ahli-ahli Selutians. Dari kami pihak admin untuk anda. Selamat membaca.